Penemuan KOPI 434 adalah pada tahun 1953 di sebuah rumah papan dua tingkat berhampiran Sungai Muar di Jalan Ismail, Muar. Pengasasnya ialah Encik Kiar Am Sai, pembuat minuman kopi yang pada ketika itu menjadi minuman popular di kalangan penduduk tempatan dengan tanda produknya "Kopi Cap 434" sehinggalah kini kekal menjadi minuman kegemaran di kalangan peminat kopi tempatan juga seberang laut.

Setelah separuh abad, KOPI 434 semakin bertambah maju dan kukuh sehingga berkembang dan membangun menjadi kopi kilang yang moden. KOPI 434 mengamalkan prinsip perniagaan terbaik dengan penggunaan teknologi terkemuka Brambati dari Itali dalam pemprosesan kopi. Kini, kami mampu menghasilkan 10 tan biji-biji kopi dalam sehari.

KOPI 434 menjamin kesegaran, warna, aroma dan keenakan rasa bagi tiap-tiap pengeluaran sama ada yang berwarna lembut Indonesia Manhdaling atau yang sederhana masak Brazil Santos atau yang pekat hitam Columbia Excelso. Kini, selepas 50 tahun dalam industry kopi, KOPI 434 telah melengkapi dalam seni pemprosesan kopi untuk menampung dan memenuhi para pelanggannya.

Encik Kiar Am Sai, seorang usahawan semulajadi sentiasa bercita-cita untuk berrniaga dengan penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Beliau inginkan para pelanggannya yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Sikh mengenali dan mengingati jenama kopinya. Dengan itu, beliau telah memilih tiga angka nombor telefonnya "434" sebagai logo jenama kopinya.

Sejak itu, angka 434 menjadi angka bertuah Ah Sai. Ia membawa rangkaian perniagaan terbaik dan memberi tuah kepada keluarga Kiar. Hari ini angka 434 sudah menjadi buah mulut para peminat kopi,dan 434 adalah sinonim KOPI 434 Muar.

Encik Kiar Am Sai atau "Ah Sai" nama kesayangannya, berumur 17 tahun ketika beliau berhijrah ke Malaysia dari Pulau Hainan negeri Cina. Beliau mengadun formula resepinya untuk memproses biji-biji kopi secara tradisional.

Bila ditanya tentang rahsia resepi satu ketika dahulu, beliau memberitahu yang keenakan kopinya itu tidak ada rahsianya disebaliknya satu panduan prinsip perniagaan beliau adalah: "Gunakan bahan-bahan mentah yang tulen dan jangan sekali-kali merendahkan mutu kualitinya".