KOPI 434 memilih hanya industri kopi yang terbaik. Semua pengedar dan rakan perniagaan KOPI 434 terdiri daripada syarikat-syarikat bertaraf antarabangsa khususnya dalam peralatan kopi sejak beberapa kurun yang lampau.

 

C.M.A Mesin Espresso

Pengeluar untuk Milano, C.M.A dari Itali telah menjadi pengedar utama dalam pasaran mesin-mesin seluruh dunia. Setiap tahun 25,000 unit mesin espresso dihasilkan dan diedar merata dunia.

Mesin-mesin ini lasak dan amat jimat dalam penyelengaraan kafe, restoran dan hotel.




Mazzer Pengisar Kopi

Mazzer adalah pengisar kopi yang luar biasa. Ia menakjubkan dalam sejarah 50 tahun pengeluaran kopi. Mazzer menghasilkan 35,000 buah pengisar kopi diseluruh dunia setiap tahun.

Sebenarnya, ia telah meletakkan satu tahap maksimum dalam pengisaran kopi dengan rekod penyelidikan dan pembangunan yang terbaik. "Dimana tempat mesin espresso profesional berada di sebelahnya ada Mazzer".



Bodum Coffee Plunger

Sejak tahun 1944 Bodum dari Switzerland telah melengkapkan seni penyediaan kopi dengan penggunaan "Coffee Plunger". Setiap hari, Ia telah menghasilkan lebih 100 juta unit "Coffee Plunger" di seluruh dunia. Ia merupakan raja "Coffee Plunger" di serata dunia.



Set Kerusi Meja Kopitiam

Set kerusi meja Kopitiam terdiri daripada sebuah meja dan empat buah kerusi, diperbuat daripada kayu Jati yang terbaik kualitinya dari Indonesia.

Set ini amat selesa, kukuh dan mampu bertahan bertahun-tahun.



Set Cawan KOPI 434

Set cawan dan piring kopi merupakan satu kemestian kepada para peminat kopi sama ada di pejabat atau di rumah. Ia diperbuat oleh Claytan Ceramics Johor yang merekacipta coraknya.

Set ini tahan dalam gelombang bebola dan mesin pembasuh pinggan. Ia dijual dalam quantiti setengah dozen satu set.