Kopi Malaysia Yang Bertaraf Antarabangsa
Malaysia Elephant Bean AA

Malaysia Elephant Bean AA banyak didapati di Johor. Ia berasal dari benua Afrika. Dengan sais biji kopi yang besar, kopi berasnya apabila dikeringkan berbentuk panjang dan mempunyai sais super daripada biji kopi biasa. Rasanya yang unik, memikat hati peminat kopi. Ia sudah digemari oleh rakyat Malaysia sejak tahun 1960 an.

Malaysia Elephant Bean AA berasal daripada keluarga kopi jenis Liberica yang jarang terjumpa. Oleh itu, nilai ekonominya sangat tinggi. Pada masa ini hasilnya tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan, apalagi bagi permintaaan dari luar Negara. Malaysia Elephant Bean AA semakin popular di kalangan orang ramai. Ia mendapat sambutan yang sungguh baik dari masa kesemasa dan ini mempengaruhi permintanan dan turut menyebabkan harganya meningkat.

Kini, KOPI 434 telah mengusahakan empat ekar tanah di Muar, Johor dengan tanaman kopi jenis Malaysia Elephant Bean AA bagi tujuan penyelidikan syarikat supaya hasil dan mutunya boleh terus dipertingkatkan.

Golongan para petani kopi di Malaysia pula digalakkan supaya menanam pokok kopi jenis ini. Dengan adanya teknik-teknik penanaman yang berteknologi canggih dan cara penjagaan yang betul seperti yang disarankan oleh MARDI maka jumlah pengeluaran yang bermutu tinggi akan bertambah dan kawasan tanaman turut meningkat.

Sebagai satu dorongan kepada petani kopi dalam usaha membangunkan sector penanaman kopi tempatan, KOPI 434 bersedia menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran kepada mereka yang mencapai mutu kopi piawaan antarabangsa. Sebagai pengusaha industri kopi Malaysia, KOPI 434 akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan jenama Malaysia Elephant Bean AA sebagai satu symbol kejayaan industri kopi dan kebanggaan rakyat Malaysia supaya ianya terkenal ke serata dunia.



 


KOPI 434 2 U


Telefon 06-9513 828 untuk mendapatkan harga tawaran terbaik.


Pembayaran wang tunai ke Public Bank sebelum 2pm:

Nama Akaun   :   Sai Kee Kopi Serbok Sdn. Bhd.
Nombor Akaun   :   31 33 44 9329


Telefon 06-9513 828 untuk memaklumkan.


Kami akan kourier kepada anda pada hari yang sama.





Menu Kafe 434

Kafe 434

Tempat bertemu peminat kopi untuk menikmati keenakan secawan kopi dan menenangkan minda. Kami menghidangkan Kopi-O Malaysia yang beraroma dan Kopi Espresso Itali yang berkualiti. Cubalah roti bakar kami dengan serikaya buatan sendiri.

Alamat:
121, Jalan Maharani, 84000 Muar, Johor.
(Depan Bas Stesen Bentayan).
TEL: (606) 951 3046

Masa Perniagaan

Isnin - Sabtu   :   8:30 AM - 5:30 PM
Ahad   :   9:00 AM - 4:30 PM